Coway Inspirasiku
Chapter :
La FAMILIA SHORT VACAY
Chapter :
La FAMILIA SHORT VACAY
Pastikan perjalanan anda selamat. Jom pam angin dulu.
Bagi percutian pendek kami kali ini, kami sekeluarga telah bercadang untuk pergi ke Port Dickson. Sebelum ini, kami telah pun bercerita berkenaan pengalaman kami ke sana. Namun kali ini, agak unik sedikit kerana percutian ini kali ini paling singkat dalam sejarah percutian untuk kami sekeluarga.
Keadaan di sepanjang perjalanan.
Semasa tiba di Behrang cuaca agak mendung.
Cuaca tetap baik sehingga di Dengkil.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca agak baik. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari IPOH ke SELANGOR.
Second rider. Haha. Ingat motor jer yang ada rider. Ini amat digalakkan untuk mengelakkan keletihan dalam pemanduan.
1st twin : Mood kurang baik. Haha. Susu dia dah habis. Nama diberikan
(Arianna Qairina).
2nd twin : Jarang moody. Tp jgn bg dia moody. Kalau dia yg moody.. Gugur jantung ayah. Nama diberikan Arissa Qaisarra
Dah nak sampai exit. Alhamdulillah perjalanan kami cukup selesa dan dipermudahkan. Tanpa ada sebarang masalah.
Dari sini biarlah gambar yang memulakan berbicara. Dalam pada itu perasaan makin membuak untuk sampai ke destinasi tujuan kami.
Papan tanda selepas tol. Ini adalah hotel yang akan kami habiskan sisa malam kami. Lokasinya yang agak menarik.
Salah satu dari 3 jambatan angker yang terkenal dan menyimpan misteri di sepanjang laluan menuju Port Dickson.
Selepas beberapa lama maka sampailah kami ke destinasi kami. Tak sabar melihatnya.
Hotel ni menyediakan tempat parking berbumbung, parking valet dan juga guest parking. Tapi kami buat pilihan untuk ke guest parking kerana agak dekat dengan pintu masuk utama.
Jom check in !
Serba sedikit berkenaan hotel resort ni di atasnya terdapat kemudahan :
522 water villa
117 luxury suite
Dibuka secara rasmi pada APRIL 2015.
Paling win kesemua biliknya menghadap panorama laut.
Plan malam ni tak banyak. So ingat nak isi perut saje. Memandangkan anak-anak yang masih kecik. Nak overnight jauh pun risau. Siapa ada anak kecik mungkin faham la.
Lokasi pilihan :
MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON.
Best ni... Tapi mase kami datang dia tutup maka dengan berat hatinya makan la di kedai yang berhadapan. Boleh la... Cuma sikap segelintir peniaga Melayu ni DENGKI MENDENGKI la kot. Bila kita dah duduk di kedai A maka secara automatik kedai B takkan terima order dari kedai A. Sebab anak anak teringin nak makan yang bergoreng. Nak la order di kedai si B. Jawapan mereka simple. Tak boleh sebab dah duduk sana... Untuk malas nak buka cerita panjang. Kita sebagai pelanggan akur sahajalah...
Cawan dah ada. Mai la pekena kopi.
Sementara tunggu mak budak tu siap. Baik minum dulu. Breakfast untuk 2 orang disediakan. Untuk budak budak bawah 2 tahun percuma. Untuk abangnya tambah RM40.
Jom check in !
Serba sedikit berkenaan hotel resort ni di atasnya terdapat kemudahan :
522 water villa
117 luxury suite
Dibuka secara rasmi pada APRIL 2015.
Paling win kesemua biliknya menghadap panorama laut.
Private pool dengan panorama seaview
Game arcade untuk permainan air
Guiness Book of Record : Most Chalet Water Park in single resort
Dapat cookies , maruku dengan canned drink ajer... Haha
Okey sekadar info, ni adalah main entrance untuk penginap menikmati pemandangan di atas chalet yang berbentuk bunga raya tu.
Kalau nak berjalan kaki memang jenuh. Nasib ada buggy. Dapat la rilek santai.
Jom pi minum.
Let have some drink.
Suasana tepi laut sememangnya win. Merenung di kejauhan.. Dan merasakan segala pemberian oleh nikmatNya Memang rasa sangat bersyukur terhadap apa jua nikmat yang Allah S. W. T dah berikan kepada kita selama ni. Plan malam ni tak banyak. So ingat nak isi perut saje. Memandangkan anak-anak yang masih kecik. Nak overnight jauh pun risau. Siapa ada anak kecik mungkin faham la.
Lokasi pilihan :
MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON.
Best ni... Tapi mase kami datang dia tutup maka dengan berat hatinya makan la di kedai yang berhadapan. Boleh la... Cuma sikap segelintir peniaga Melayu ni DENGKI MENDENGKI la kot. Bila kita dah duduk di kedai A maka secara automatik kedai B takkan terima order dari kedai A. Sebab anak anak teringin nak makan yang bergoreng. Nak la order di kedai si B. Jawapan mereka simple. Tak boleh sebab dah duduk sana... Untuk malas nak buka cerita panjang. Kita sebagai pelanggan akur sahajalah...
Ketam nipah masak bercili
Jenahak sweet sour dan siakap 3 rasa
Siput pepahat masak halia + kangkung belacan + sotong goreng tepung
Selesai makan kami pun balik ke hotel untuk menikmati keselesaan di dalam suite kami.
View malam yang biasa sahaja hasil dari kamera handphone oppo tak menggambarkan bertapa indahnya pemandangan sebenar dari kaca mata sendiri.
Angin sepoi sepoi jiwa. Rasanya next time akan datang lagi. Untuk percutian jangka panjang.
Keesokan harinya hari terakhir di sini. Barang tak banyak. Jadi tak kisah nak packing bila bila masa ajer. Yang penting menikmati. Bonding time....
Tentera ayah dah sedia nak mandi dan beraksi dalam kolam.
Gali punya gali jumpa harta karun
Sementara tunggu mak budak tu siap. Baik minum dulu. Breakfast untuk 2 orang disediakan. Untuk budak budak bawah 2 tahun percuma. Untuk abangnya tambah RM40.
Selesai check out. Jom heading to ipoh. Esok pun koje. Tak dapat cuti yoep. Haha...
Safe ride.Safe journey.
Comments
Post a Comment