3 APRIL 2017 @ 0956H
TIPS PENAPIS AIR BERKUALITI
7 Panduan Memilih
Sebagai sedikit panduan, berikut adalah cara memilih water dispenser (penapis air) yang terbaik untuk kegunaan di rumah:1. Jenis Air
Pastikan pilihan hasil air tapisan yang anda inginkan. Pilihan yang ada adalah Mineral, Alkali dan RO. Selalunya pilihan RO adalah yang paling bersih dan mudah diperolehi daripada mesin tapis yg kini berada di pasaran. Begitu juga air mineral dan alkali. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan jenis air ini dahulu dan buatlah pilihan yang tepat. Bagi air alkali sebaiknya haruslah mendapat nasihat doktor jika mempunyai sebarang masalah atau penyakit berkaitan buah pinggang.
2. Mesin Penapis Air
Ada pelbagai pilihan mesin dan cantik=cantik serta moden design nya. Ada pilihan sama ada nak letak atas meja atau berdiri di lantai... namun ketahui juga ia berbeza kuantiti simpanan airnya. Jika untuk kegunaan ramai dan cepat, Mesin berdiri di lantai lebih sesuai kerana tangkinya lebih besar.
Pilihan mesin juga perlu mengikut keperluan sama ada mahukan air panas, sejuk, suam atau air biasa. Ada yang beri dua pilihan, tiga dan empat. Maka pilihlah mesin yang dapat memenuhi kehendak anda. Warranti juga penting kerana ia menjadi aras ukur kualiti suatu mesin terjamin . Bagi saya pilihan air panas, sejuk dan biasa menjadi keutamaan. Oleh itu saya menggunakan mesin COWAY PETIT kerana selain suhu penggunaan elektrik bulanan juga menjimatkan.
Pilihan mesin juga perlu mengikut keperluan sama ada mahukan air panas, sejuk, suam atau air biasa. Ada yang beri dua pilihan, tiga dan empat. Maka pilihlah mesin yang dapat memenuhi kehendak anda. Warranti juga penting kerana ia menjadi aras ukur kualiti suatu mesin terjamin . Bagi saya pilihan air panas, sejuk dan biasa menjadi keutamaan. Oleh itu saya menggunakan mesin COWAY PETIT kerana selain suhu penggunaan elektrik bulanan juga menjimatkan.
3. Harga

Jika ada sebarang promosi, ianya paling perlu diberi perhatian. Dapat harga promosi amat berbaloi namun pastikan harga yang ditawarkan adalah lengkap sama seperti yang sedang dipromosikan. Tanya selengkapnya tentang setiap apa yang akan anda perolehi. Jangan terus terpikat dengan harga tanpa soal selidik ya!
Kini banyak mesin penapis air yang berharga bawah RM100 di pasaran. Dan jenama setanding pengeluar PANASONIC ,SAMSUNG dll.
4. Pakej Bayaran
Seperti biasa, ada pilihan bayaran sama ada sekali bayar atau secara ansuran. Jika sekali bayar biasanya akan ada bayaran setiap kali servis dilakukan manakala secara ansuran pula biasanya telah termasuk sekali kos servis selama tempoh bayaran.
Namun tidak semestinya sebegitu, ia bergantung pada jenama maka anda perlu diteliti setiap kontrak agar tidak tertipu. Pastikan anda faham dan mampu terutama untuk cara bayaran secara ansuran. Jangan sampai ianya menyusahkan dan membebankan anda dikemudian hari.
Ramai yang memilih untuk membayar secara CASH kerana tidak mahu berhutang. Namun bagi produk seperti COWAY walaupun harga ia agak tinggi namun pakej warranty dan servis selama 5 tahun agak beberbaloi dibandingkan jika membayar secara CASH warranty dan servis hanyalah setahun.
Namun setiap pilihan adalah di tangan sendiri. Dan apa jua pilihan yang kita buat haruslah kita yakini.
5. Servis Lepas Jualan
Ianya sangat penting kerana mesin penapis air ini bukan barangan pakai buang. Ianya boleh digunakan sehinggalah ia kaput. Maka, untuk mengekalkan mesin dalam keadaan sentiasa elok dan berfungsi dengan baik, servis berkala sangat diperlukan.
Ada pilihan di sini kerana ada jenama yang menawarkan pakej servis termasuk dalam bayaran bulanan, tak perlu risau apa-apa dah! Jika tiada, maka pastikan anda tahu harga untuk setiap kali servis. Antaranya yang perlu diketahui adalah harga kos servis... selain kos alat ganti, adakah ia termasuk kos pengangkutan dan tenaga buruh? Selain itu, pastikan juga syarikat atau jenama pilihan anda aktif serta mudah dihubungi.
Di antara pertimbangan penting yang perlu dibuat adalah melihat feedback pembeli untuk mengetahui kepuasan hati mereka bagi servis lepas jualan ini. Jika tiada komplen...maknanya baguslah!
6. Pastikan Halal
Jangan pelik pula kenapa air pun nak pastikan ianya halal? Sudah tentu air paip itu suci. Sebenarnya halal yang diperlukan di sini adalah penapis yang digunakan adalah halal kerana ada kandungan penapis yang diperbuat dari bahan yang tidak suci.
Jika jenama tersebut telah mendapat sijil halal dari JAKIM, maka yakinlah nak beli. Ingat! Jangan sesekali ambil mudah kerana air ini akan masuk ke dalam badan kita lalu menjadi darah daging!
7. Tujuan
Paling penting adalah tujuan anda beli untuk apa? Adakah ianya satu keperluan? Adakah ia membebankan? Adakah untuk kesihatan? Adakah sekadar untuk mengikut trend semasa? Adakah untuk menunjuk-nunjuk? Adakah untuk nampak bergaya dan moden?
Hanya anda yang tahu... Walau apa jua tujuannya... pastikan ia bukanlah satu pembaziran, tidak membebankan dan akan menyusahkan anda dikemudian hari.
Pilihan DSP
Mesin penapis air ini bukanlah satu barangan yang murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Namun jika mampu dan perlu... Ianya amat baik untuk kesihatan dan memudahkan kerja di dapur. Pilihlah mengikut kemampuan dan keperluan.
Pasti anda juga ada cara tersendiri untuk memilih namun dengan sedikit panduan ini dapat memudahkan dan memberi sedikit pengetahuan untuk memilih dan membeli mesin penapis air (water dispenser) yang terbaik untuk kegunaan di rumah dengan cara DSP.
Apakah pilihan mesin penapis air DSP? Buat isteri tersayang dan untuk kesihatan serta memudahkan DSP lagi pula dah ada TWIN baby... maka DSP belilah satu. COWAY adalah pilihan DSP, Tidak terlalu mahal, menyihatkan, untuk kegunaan harian, halal, diyakini kualiti serta servis dan oleh syarikat bumiputera (walaupun product made in Korea...hehe).
SEKIAN coretan pagi hari dari DSP.
HP CODE : 541798
AmiraZulkofli
013-2727319
Good sharing! Utk tips2 sebelum membeli penapis air, boleh juga baca diblog ni
ReplyDelete