Skip to main content

Ride KAPCAI santai 'Kami Rider Tiada Beza'

Kami 'ROAD STAR ADVENTURE' gabungan kapcai 2018

Tanggal 15.1.2018 menjadi saksi pembukaan konvoi ahli RSAC ke Betong sempadan Thailand jalan pengkalan hulu.


RV : Restoran Nasi Kandar Nur Shaaf sebelah petronas bercham. Owner dia pun ahli RSAC.  Rider Naza Blade. Tapi ride kali ni dia tak dapat join. Katanya kedai tarak worang. Haha. 

Jam pun dah nak dekat jam 8.00 am tepat. Team pun dah bersedia. Excited kot. Maka perjalanan perlu dimulakan. Musim hujan sekarang ni. Takut dalam permulaan perjalanan basah kuyup pulak.


RnR Sg Perak : Isi minyak sebelum tayar bergolek-golek. Sambil tu team leader bagi kata pembuka untuk pastikan segalanya lancar. Teman?  Awop ngikot ajer..  Komer jalan ler..  Hahaha. 

Dipendekkan cerita perjalanan diteruskan dan sesi meleper bersama kapcai telah kami abadikan di sepanjang perjalanan kami. 

Dalam ride kali ni kami telah mendapat banyak pengajaran berguna dan dah menjadi satu bentuk pengajaran berguna yang dapat kami gunakan untuk ride masa hadapan. 

Ujian pertama salah seorang ahli kami owner LC 135 mengalami kehabisan minyak di Lenggong. Syukur segalanya dipermudahkan. 


Aksi santai untuk lepas stress. Cuaca menyebelahi kami kali ni. Redup-redup aje. Angin pun sepoi bahasa. 

Pengajaran untuk rider semua. Pastikan minyak spare dibawak atau diisi. Persediaan jika pam minyak jauh dan anda terkena seperti situasi sahabat kita. 

Ok jom gerak  !!!

Sebelum 10 km sampai ke pekan Gerik salah seorang ahli kami sekali lagi ditimpa masalah. Tongkat patah. Ujar beliau dah 2 kali kes sama. So, owner Skyline 200 beware. Kdg2 ak rasa bukan sebab tongkat tapi owner. Dia punya meleper berapi tongkat. 

So pengajaran yang kedua bawak la tali. Selesai tongkat diikat perjalanan diteruskan.

  Owner dapat tongkat baru. Happy ending. 

Singgah ngeteh pekena dengan pisang goreng panas. 

Perjalanan dari ipoh ke Gerik makan masa hampir 3 jam. Perot tak beralas dari pagi. Jadi ler pisang goreng member payung. Ni bukan catu makan tapi dah plan.

Nak pekena nasik ayam roundabout. Ni nama kami yg letak. Sbb senang nk ingat dengan nak buat landmark next konvoi.




Kedai ni nasi goreng dgn nasi ayam memang best.  Harga pun murah memang patot patot. Tak mahal.  Makan untuk 5 orang sekali minum RM20-RM25. Terbaik!





Sampai jugak kami dengan selamat.  Alhamdulillah. 





Walaupun nasib kureng baik sebab kedai banyak tak bukak lagi. Tapi  sekurangnya dapat la kami tumpang teduh bawah kedai. Sebab sebaik aje kami sampai hujan renyai. Syukur Tuhan masih sayang.  Hahaha. 






Ok,  sapa penah beli belah sini dia macam pasar malam ajer. Bagi yang bernasib baik dapat la jumpa kedai mek ni. Mmg murah gila.  Tapi dia mintak rahsiakan. Dia bagi murah sebab dia kesian dari jauh katanya. Penuh la jugak beg hiking beli kat dia. Rezeki bak kata orang kalau datang memang bergolek.



Dah puas beli belah maka kami sepakat balik semula ke ipoh.  Ride kali ni bukan tak nak melepak lama-lama tapi lebih kepada ride yang ringan ringan.  Sekadar nak uji ketahanan jentera, fizikal dan mental. Memang penat.  Nak pergi rehat perlu cukup.  Kene ada persediaan awal yang rapi. 


Melawat saudara sahabat rider dalam perjalanan sehala balik ke ipoh. Sekadar bertanya khabar. 

Perjalanan kami teruskan kerana jam dah pun menunjukkan jam 5.15 pm. Khabarnya area sungai siput dan ke atas hujan lebat.  Kalau boleh dapat kejar masa ke Kuala Kangsar dapat la lepak kat restoran fevret kami team RSAC. Jom!!! 




Sedap tapi ada sikit mahal la.  Haha.  Tp nak sedap punya pasal.  Ape la sangat.  Kannn... 

Dah isi penuh sampai padat maka kami pun berangkat. Sepakat kami memang tak mau ikot Terowong Menora. Sebab kes minyak atas jalanraya yang semakin aktif plak sindiketnya buat koje. Moga orang macam ni pendek umurnya sebagaimana pendek akalnya.

Maka,  kami ikot jalan dalam. Group leader cadangkan ikot KATI. laluan pun tak sunyi sngat. Ada lampu kiri kanan. 

Setelah jam menunjukkan jam 10.30pm kami pun sampai ke chemor.  Sepanjang perjalanan hujan makin lebat maka alat komunikasi yang penting mesti la kne simpan.  Maka sepanjang perjalanan balik gambar xde. Roaming offline. Sekian coretan perjalanan ride pembukaan kali ni.  Ada suka ada duka. Semoga ikatan antara rider semakin erat.  Tak kira la kapcai ke superbike ke.  Kita tetap rider. Wassalam. 



Comments

Popular posts from this blog

SERVIS COWAY TERBAIK !

SEMOGA HARI-HARI ANDA CERIA. H ari ni CODY dari COWAY datang nak servis jenama model  PETIT CHP-06D (Table Top)  milik kami. Sebagai pembeli/pengguna COWAY kita tak perlu fikir banyak soal servis dan penukaran filter sebab kita dapat keistimewaan selama 5 TAHUN ! (   FREE SERVICE & WARRANTY) .   CODY  @ COWAY LADY  kebiasaannya akan hubungi kita terlebih dahulu sebelum servis untuk APPOINMENT.  Tarikh hari apa, pukul berapa, hari bekerja ataupun hari minggu terpulang kepada customer. Itulah kelebihan COWAY SERVICE yang akan memberi hak kepada customer untuk memilih supaya dapat memudahkan kita sebagai pengguna . Dan kebiasaannya CODY akan DATANG TEPAT SETIAP MASA  seperti yang dijanjikan. Contohnya macam ak ni janji jam 10 pagi tapi CODY datang 9.45 pagi. Terlebih awal dan memang berdisiplin. D alam penapis air COWAY , ada 6 jenis filter didalam 4 unit filter. 2 unit filter yg kat di dlm tu ada 2 jenis filter yang dah digabungkan sekali.  K at bawah ni jad

Ride To Penang 8 May 2017

RIDE SANTAI PENANG P lan sebulan awal telah diaturkan untuk ke Penang pada tarikh keramat 8 MAY 2017. Borang perlepasan cuti pun dah diisi awal. Maka bermulalah perjalanan rider-rider nubis kubis ke Penang. T.T.S (TEH TARIK SESSION) S ebelum gerak macam biasa la kita lodging bistro mamak. Isi angin kencang dalam perut. Menu biase makanan ruji rider rider . TTS ni bertujuan untuk briefing pendek dengan team 1 jika ada halangan semasa perjalanan santai kitaorg nanti.  Menu : ROTI CANAI + TEH TARIK BUIH RV DENGAN TEAM KE-2 B riefing sekali lagi untuk team ke-2. Tepat jam 9.15 A.M semua team sampai dan berkumpul untuk memulakan perjalanan ke Penang.    Lokasi :  Petronas RNR Sungai Perak Krew : Teliti mendengar briefing yang disampaikan leader. P erjalanan melalui terowong Menora yang populer dengan kisah Volkswagen kuningnya. Mujur la mase lalu tak terserempak dengan kereta ni. Kalau jumpa.. nescaya ak patah balik kot. Ya Allah selamatkan