LA FAMILIA VACAY
Part 1
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Ruangan kesempatan waktu ini saja nak bercerita tentang percutian kami ke destinasi pilihan iaitu A FAMOSA RESORT di Melaka.
Perjalanan pun dimulakan dengan segala lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ~
Jauh perjalanan luas pemandangan
Kali ni percutian kami menjurus lebih kepada anak-anak . Tambahan pulak beban kerja yang bertambah. Rasa kesian pula sebab perhatian kurang diberi.
Hati mana yang tak happy bila tengok senyuman yang terukir
Ayah kena fokus. Selfie semasa memandu berbahaya sahabat.
Tiga jam setengah , masa yang diambil maka kami pun sampai di destinasi yang dituju. Jom ikut kami check-in.
D Savoy Condotel
Kemudahan yang ditawarkan oleh tempat penginapan kami ni benar-benar menarik dan mengujakan. Kos bukanlah isu utama. Yang penting keselesaan.
- WIFI
- Microwave
- Mesin basuh
- Fridge mini
- Iron Steam
- Hair dryer
- Astro
- Heater shower
- Mesin penapis air
Terasa seperti di rumah anda tak perlu risau. Kerana segala kemudahan lengkap tersedia.
Selain itu, kemudahan fasiliti lain seperti
- ATM 2KM
- SHOPPING : A FAMOSA OUTLET 2KM
- CONVINIENCE STORE 3KM
- HOSPITAL ALOR GAJAH 5KM
- AIRPORT 15KM
Melting moment....
Wah~ rupa-rupanya penapis air Coway Core menjadi pilihan tuan punya condo laa..
Bagi sesiapa yg berminat untuk order penapis air boleh la hubungi
Amira : 013-2727319
Selepas berehat seketika selepas check in kami sekeluarga pun pergi melawat kawasan di sekitar resort.Serba ringkas antara tarikan utama di A FAMOSA RESORT :
SAFARI WONDERLAND
Persembahan yang disajikan kepada pengunjung :
Elephant Encounters;
10.15am & 4.30pm
Multi Animal Funtime;
11.20am & 3.00pm
Colour of The Bird;
12.00pm & 3.45pm
Wild Wild West Show;
2.15pm
COWBOY TOWN
Sebenarnya aktiviti ni kami bercadang nak buat esok sebab tu revision perlu dibuat. Supaya bila dah masuk. Takdelah apa-apa aktiviti yang kami terlepas.
Jadi masa yang kami manfaatkan berjalan di sekitar bandar alor gajah.
Ini sekadar perkongsian dari kami apa yang kami nampak semasa di sana.
CENDOL BAKAR AIMPANG AMPAT
ROJAK ALOR GAJAH FAMOUSS
A FAMOSA OUTLET FREEPORT
Sekian buat masa ni. Semoga dapat ketemu lagi untuk saya meneruskan perkongsian saya di LA FAMILIA VACAY PART 2.
Comments
Post a Comment