Skip to main content

Ride To Penang 8 May 2017


RIDE SANTAI PENANG

Plan sebulan awal telah diaturkan untuk ke Penang pada tarikh keramat 8 MAY 2017. Borang perlepasan cuti pun dah diisi awal. Maka bermulalah perjalanan rider-rider nubis kubis ke Penang.

T.T.S (TEH TARIK SESSION)
Sebelum gerak macam biasa la kita lodging bistro mamak. Isi angin kencang dalam perut. Menu biase makanan ruji rider rider . TTS ni bertujuan untuk briefing pendek dengan team 1 jika ada halangan semasa perjalanan santai kitaorg nanti. 
Menu : ROTI CANAI + TEH TARIK BUIH

RV DENGAN TEAM KE-2

Briefing sekali lagi untuk team ke-2. Tepat jam 9.15 A.M semua team sampai dan berkumpul untuk memulakan perjalanan ke Penang. 

 Lokasi : Petronas RNR Sungai Perak

Krew : Teliti mendengar briefing yang disampaikan leader.


Perjalanan melalui terowong Menora yang populer dengan kisah Volkswagen kuningnya. Mujur la mase lalu tak terserempak dengan kereta ni. Kalau jumpa.. nescaya ak patah balik kot.

Ya Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan balik. Amiinnn ~

Jumlah krew sepatutnya seramai 10 orang. Tapi cuma 6 orang sahaja yang dapat join sementara yang lain cancelled last minute disebabkan sebab yang tertentu maka kami pun bergerak dengan jumlah krew yang ada. Bagi sahabat yang lain takpe bro. Next chapter kan ada. Hehehe..


HENTIAN SEBELAH BUKIT GANTANG
Rehat rehat dulu lepas meleper dengan meroket asah tayar. Check ape yang patot. 

Tips barang yang perlu semasa ride

Spray ni memang berguna dan diperlukan sepanjang ride. Supaya lancar perjalanan. Kadang kadang ada karat pada rantai. Mase parking kat rumah tak nampak tapi bila ride la mase tu baru nampak.


Barisan krew ride santai Penang 2017

Perjalanan diteruskan lagi. Tayar nak kena asah lagi nak kena golek lagi. Kali ni destinasi ke arah jambatan Pulau Pinang yg menjadi kebanggaan kita selaku anak jati Malaysia.

Senarai bayaran tol ke jambatan Pulau Pinang Kedua 


Macam ulaw melingkaw atas pagaw


Selfie sikit untuk kenang kenangan 

SINGGAH ISI MINYAK & BRIEF KALI KETIGA


Duduk duduk sambil berfikir sejenak destinasi seterusnya.

PUSING PUSING RODA SEKITAR GEORGETOWN
Sambil sambil mencari port nak berhenti solat dan melampiaskan nafsu makan laju laju jari jemari ni WAZE area sekitar bajet nak RSVP la konon.

Nasib ada tempat berteduh dapat ler buat regangan otot sikit.


Kata sepakat dicapai, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang menjadi pilihan destinasi kami untuk santai santai.

Belakang tu Masjid Kapitan.. yg awek tu dikire kesempatan.. Tak sengaja terambil gambarnya.

Sebelum Zohor masuk jom kita pekena Nasi Kandar Beratur Penang. Sebelah masjid ni jer.

Berpeluh peluh beb melayan Nasi Kandar Beratur ni.

Kata orang ni pandangan biasa sebelah malam kat Nasi Kandar Beratur Penang ni.

Okay next jom kita ronda ke tempat riadah popular sekitar Penang ni. 

 Kota Fort Cornwallis
Padang Kota Lama, siapa tak tahu tempat ni. Legend beb. Kat sini ada jual pasembur, mee udang, jeruk dll lagi la. Kne la dtg sendiri dan tengok.










NAIK FERI DARI PENANG KE BUTTERWORTH
Untuk pengetahuan am korang perkhidmatan feri Penang ni tertua beb di Malaysia sejak dari tahun 1894 !
Korang kira la sendiri dah brape ratus tahun tu.



Jenuh jugak la nak menunggu untuk sampai ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim tu. Duk terkangkang atas motor. Sape nak try nanti amat digalakkan. Haha. Dalam 15 minit kami pn sampai ler. ALHAMDULILLAH.

SHELL RNR JURU

Berhenti sekejap topup minyak. Setakat ni ikot nasihat member guna minyak Shell ni jimat. Tapi bagi aku terpulang la masing masing. Cuma pakai Shell ni ringan la sikit motor aku.



Perjalanan pun kami teruskan semula sebab jam tangan pun dah tunjuk pukul 6.00 P.M. Seboleh bolehnya kami nak sampai secepat mungkin nak elak sesak di terowong Menora. Cuaca pun macam mendung. Takut hujan tayar dengan jalan grip akan jadi kurang.

Alhamdulillah sampai ke terowong hari masih cantik tak hujan. Tak berapa gelap. Perjalanan pun dah tiba ke kemuncak pengakhirannya. 



Gathering sebelum balik, leader bagi ucapan terima kasih. Semoga next ride dapat bergerak bersama lagi. Pengajaran ride bersama kali ni adalah tak kira berapa kali tayar tu bergolek pastikan kita tak tergolek. Pastikan keselamatan kita dan krew yang lain. Jangan ride ikot sedap rase je pulas. 

Moh kita renungkan kata kata mutiara rider ni.



Comments

Popular posts from this blog

SERVIS COWAY TERBAIK !

SEMOGA HARI-HARI ANDA CERIA. H ari ni CODY dari COWAY datang nak servis jenama model  PETIT CHP-06D (Table Top)  milik kami. Sebagai pembeli/pengguna COWAY kita tak perlu fikir banyak soal servis dan penukaran filter sebab kita dapat keistimewaan selama 5 TAHUN ! (   FREE SERVICE & WARRANTY) .   CODY  @ COWAY LADY  kebiasaannya akan hubungi kita terlebih dahulu sebelum servis untuk APPOINMENT.  Tarikh hari apa, pukul berapa, hari bekerja ataupun hari minggu terpulang kepada customer. Itulah kelebihan COWAY SERVICE yang akan memberi hak kepada customer untuk memilih supaya dapat memudahkan kita sebagai pengguna . Dan kebiasaannya CODY akan DATANG TEPAT SETIAP MASA  seperti yang dijanjikan. Contohnya macam ak ni janji jam 10 pagi tapi CODY datang 9.45 pagi. Terlebih awal dan memang berdisiplin. D alam penapis air COWAY , ada 6 jenis filter didalam 4 unit filter. 2 unit filter yg kat di dlm tu ada 2 jenis filter yang d...

Tips pilih PENAPIS AIR berkualiti

3 APRIL 2017 @ 0956H            T IPS PENAPIS AIR BERKUALITI         7 Panduan Memilih   Sebagai sedikit panduan, berikut adalah cara memilih  water dispenser  (penapis air) yang terbaik untuk kegunaan di rumah : 1. Jenis Air Pastikan pilihan hasil air tapisan yang anda inginkan. Pilihan yang ada adalah Mineral, Alkali dan RO. Selalunya pilihan RO adalah yang paling bersih dan mudah diperolehi daripada mesin tapis yg kini berada di pasaran. Begitu juga air mineral dan alkali. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan jenis air ini dahulu dan buatlah pilihan yang tepat. Bagi air alkali sebaiknya haruslah mendapat nasihat doktor jika mempunyai sebarang masalah atau penyakit berkaitan buah pinggang. 2. Mesin Penapis Air Ada pelbagai pilihan mesin dan cantik=cantik serta moden  design  nya. Ada pilihan sama ada nak letak atas meja atau berdiri di lantai... namun ketahui jug...