Apa itu Fisioterapi?
Tahukah anda, bidang fisioterapi merupakan salah satu cabang dalam perubatan. Untuk entri kali ni aku explain sikit introduction tentang fisioterapi ni.
PENERANGAN MAKSUD
FISIOTERAPI
PENERANGAN MAKSUD
FISIOTERAPI
Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.
MATLAMAT KAMI !!!
Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.
Antara kaedah yang dilakukan oleh Ahli Fisioterapi
Elektro Terapi
- Ultra Sound
- Interferential Terapi
- Laser
- Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy)
Terapi Manual
- Mobilisasi (mobilization)
- Manipulasi
- Urutan
- Senaman Therapeutic ( therapeutic Exercises)
- Rehabilitasi selepas pembedahan
- Nasihat dan langkah pencegahan
Hidroterapi
Hidroterapi, atau terapi air, adalah kaedah rawatan menggunakan air untuk mengurangkan kesakitan badan dan meningkatkan kesihatan serta kekuatan fisikal . Akan aku terangkan secara detail di entri akan datang…
DESKRIPSI TUGAS
Seorang ahli fisoterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan menentukan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
Ahli fisioterapi perlu:
a. kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia
b. pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan
c. kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal
d. menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, “acupressure” dan manipulasi
e. membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik
f. pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektri, ais, urut dan kara/elektrik
g. menggunakan alat bantuan berjalan, “splints” dan “appliances” untuk rawatan serta melatih pesakit dan panjaga penggunaan
alatan dengan betul
h. memberi pendidikan kepada pesakit
Apa jua kerjaya yang kita lakukan. Buat dengan ikhlas. Semoga kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita kerjakan...
Comments
Post a Comment