TIPS MENUNGGANG SEMASA HUJAN
TIDAK SEMESTINYA.
Apa yang anda perlu buat sebenarnya ia menunggang dengan LEBIH CERMAT.
Tips yang paling penting untuk tunggangan dalam hujan adalah menunggang secara LANCAR.
Sebarang perubahan pengejut akan mengakibatkan cengkaman motorsikal anda terganggu dan kemungkinan untuk jatuh atau kemalangan dengan kenderaan lain meningkat. Jika ingin menunggang seperti Khairul Idham atau Valentino Rossi, perjalanan harian ke rumah atau ke pejabat bukanlah masa yang sesuai.
KEADAAN JALAN
Tips lain untuk penunggangan yang lebih selamat, tidak kira semasa kering atau hujan ialah kenal pasti di mana anda mempunyai cengkaman dan di mana tidak. Dalam keadaan kering, kebiasaan yang anda perlu berjaga-jaga adalah permukaan berpasir dan pot hole (kawah besar tengah jalan).
Tetapi untuk hujan atau sebarang keadaan basah senarainya jadi panjang seperti di bawah:
i. Garisan bercat
Ini ada di mana-mana. Garisan putus-putus antara dua lorong atau garisan pejalan kaki di traffic light, garisan ini menjadi amat licin semasa hujan. Berhati-hati semasa mencelah antara lorong dan jaga jarak antara anda dan motorsikal hadapan lebih daripada biasa - ini untuk memudahkan anda membrek lebih awal dan lancar. Juga pastikan semasa mengambil selekoh, anda tidak berada di atas garisan ini serta kawal pendikit dengan lebih berhati-hati.
ii. Permukaan konkrit
Kebanyakan kawasan komersil (seperti supermarket) atau perumahan mempunyai permukaan konkrit licin yang nampak cantik di mata tetapi berbahaya untuk penunggang dua roda. Seperti sebelumnya, tunggang dengan lebih perlahan daripada biasa.
iii. Lopak air dan pot hole
Kebiasaanya di tepi jalan atau jika di lorong motorsikal, biasanya semasa masuk dan keluar terowong (siapa yang biasa melalui lorong motorsikal Lebuhraya Persekutuan pasti biasa menghadapi cabaran ini). Sukar untuk dikesan lebih awal sehinggalah anda merasa senak di celah kelangkang. Elakkan menunggang atau jika tidak dapat dielak, tungganglah motorsikal anda dengan lebih perlahan semasa melalui kawasan tersebut.
iv. Tompokan Minyak
Mudah dikesan semasa hujan kerana anda boleh nampak corak-corak seperti pelangi di atas jalan raya. Kebiasaanya tumpahan minyak ini berpunca daripada lori sampah (minyak atau cairan lain yang tumpah akibat kebocoran plastik sampah) maka elakkan untuk guna jalan/lorong berdekatan jika ada kelibat lori ini tidak jauh di hadapan.
v. Tar Snakes
Ini merujuk kepada 'longkang' di atas permukaan jalan yang terhasil akibat tampalan rekahan jalan yang tidak dilakukan dengan sempurna. Biasa didapati berdekatan kawasan pembinaan atau kawasan yang selalu dilalui oleh kenderaan berat. Jika jalan itu biasa anda lalui semasa kering, cuba untuk ingat kedudukan 'longkang' - 'longkang' durjana ini atau gunakan jalan yang lain.
TIMING/PEMASAAN
Masa yang cukup bahaya untuk berada di atas jalan adalah semasa 10 ke 20 minit selepas hujan ribut bermula. Ini kerana sebarang kesan minyak, pasir, sampah, serpihan tayar kenderaan berat dan sebagainya masih berada di atas permukaan jalan yang mana ia boleh mengurangkan cengkaman tayar. Kalau boleh tunggu sebentar, seeloknya di tempat berteduh yang selamat dan jika keadaan membernarkan, teruskan perjalanan anda melalui sama ada lorong tengah atau lorong kanan.
PENGLIHATAN
Seperkara lagi yang membimbangkan apabila menunggang semasa hujan ialah penglihatan. Tempiasan air hujan bukan sahaja menyukarkan anda melihat kenderaan lain, lebih penting lagi mereka juga menghadapi masalah mengesan anda. Sentiasa pastikan anda dalam jarak yang selamat daripada kenderaan lain terutamanya kenderaan-kenderaan besar seperti lori tangki dan sebagainya.
TAYAR
Pemilihan tayar juga turut memainkan peranan. Tayar yang mempunyai ciri-ciri sporty seperti Corsa R93 tak akan mempunyai prestasi semasa hujan yang setanding dengan tayar yang mempunyai alur yang lebih aggresif seperti Corsa Sport Rain, apatah lagi tayar botak yang sudah lama tidak ditukar.
Direka khusus untuk penggunaan lebih cemerlang semasa hujan, alur bunga tayar Corsa Sport Rain membantu menyesarkan lebih banyak air ke luar lantas memberikan cengkaman yang lebih tinggi berbanding Corsa R99.
Sekian perkongsian dari newbies.
Sumber: GOOGLE
ROAD TO THAILAND
Comments
Post a Comment