1/4/2017@2130H
Proton VERTEX !
Inilah rekaan yang telah dibuat oleh seorang anak muda berbakat, saudara Idiyaz Baharuddin.
Gambar ilustrasi berbentuk grafik ini dihantar kepada Proton dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Proton pada tahun lepas.
Dengan nama yang cukup mengagumkan, pemilihan nama Proton VERTEX untuk kenderaan SUV Proton kerana Proton masih belum lagi mengeluarkan kenderaan berbentuk SUV ini setakat ini.
Namun, dalam dunia automotif yang mencabar kini dengan saingan dari Syarikat pengeluar kereta lain seperti Honda dan Toyota. Proton dilihat sedang bergelut dalam pasaran dalam menghasilkan kenderaan untuk memenangi hati pengguna dan penggemar kereta.
Setakat ini, admin melihat Proton Suprima adalah model terbaik Proton selain Proton Saga dan Exora.
Berbalik kepada cerita Proton VERTEX tadi, dengan rekaan yang ditampilkan dilihat sangat moden dan ciri-cirinya pasti menarik perhatian ramai peminat SUV nanti.
Apa yang kita harap, jika ia benar akan dikeluarkan oleh Proton, pastikan ianya dipacu oleh enjin yang lasak kerana kebiasaannya model SUV ini digunakan dalam keadaan lasak.
JOM !!! USYARRR... sikit design PROTON VERTEX yg bakal menyaingi SUV model dari NISSAN,HONDA,TOYOTA etc.
INSYA-ALLAH . Mudah-mudahan.
Comments
Post a Comment