Skip to main content

Fenomena pencemaran air di PANTAI BALOK

         
      12 APRIL 2017 1:22 PM
     Fenomena gumpalan buih yang berlaku di Pantai Balok, Kuantan sejak tiga hari lalu adalah petunjuk bagi perubahan kualiti air laut dan berkemungkinan berlakunya pencemaran air.
      Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Zainudin Bachok berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan fenomena tersebut berlaku akibat pencemaran yang disebabkan perlombongan bauksit.
"Di Balok, kalau kita lihat sebelum ini berlaku macam-macam isu seperti air laut berwarna merah sebab pencemaran...mungkin ianya ada kaitan dengan isu tersebut tetapi ia belum dapat dibuktikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
     Bagaimanapun, Zainudin berkata, fenomena tersebut bukan perkara baharu malah pernah berlaku di beberapa tempat di seluruh dunia.

  "Fenomena ini memang biasa berlaku di mana-mana cuma di Pantai Balok ini mungkin atas beberapa faktor sama ada perubahan kualiti air dan tindak balas pengoksidaan yang menghasilkan buih.

    "Macam yang pernah berlaku di Sungai Klang...ada banyak bahan organik, maka pengoksidaan berlaku dan ianya akan menghasilkan buih," katanya.

    Ditanya sama ada buih tersebut berbahaya untuk orang ramai, Zainudin berkata, ia masih belum dapat diketahui selagi sampel kualiti air tidak diambil dan kajian tidak dijalankan. 

"Kita tak tahu sama ada buih itu bahaya atau tidak untuk orang ramai tapi buih tersebut merupakan petunjuk terhadap perubahan kualiti air dan kemungkinan berlaku pencemaran.

"Biasanya Jabatan Alam Sekitar akan mengambil sampel air dan memeriksa tahap kandungan bahan tercemar. Kalau tahapnya tinggi, ianya memang tak selamat, tetapi untuk masa sekarang kita masih belum tahu tahapnya...kena ada data dan rekod," katanya.


     Fenomena gumpalan buih yang berlaku di pantai tersebut tular di laman sosial sejak kelmarin selepas orang ramai yang mengunjungi pantai tersebut memuat naik gambar yang dirakam di situ. 

Berminat untuk mendapatkan penapis air  atau penapis udara berkualiti dari KOREA dengan harga mampu milik?
SILA HUBUNGI KAMI AGEN COWAY
SELURUH MALAYSIA.
013-2727319


Comments

Popular posts from this blog

Tips pilih PENAPIS AIR berkualiti

3 APRIL 2017 @ 0956H            T IPS PENAPIS AIR BERKUALITI         7 Panduan Memilih   Sebagai sedikit panduan, berikut adalah cara memilih  water dispenser  (penapis air) yang terbaik untuk kegunaan di rumah : 1. Jenis Air Pastikan pilihan hasil air tapisan yang anda inginkan. Pilihan yang ada adalah Mineral, Alkali dan RO. Selalunya pilihan RO adalah yang paling bersih dan mudah diperolehi daripada mesin tapis yg kini berada di pasaran. Begitu juga air mineral dan alkali. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan jenis air ini dahulu dan buatlah pilihan yang tepat. Bagi air alkali sebaiknya haruslah mendapat nasihat doktor jika mempunyai sebarang masalah atau penyakit berkaitan buah pinggang. 2. Mesin Penapis Air Ada pelbagai pilihan mesin dan cantik=cantik serta moden  design  nya. Ada pilihan sama ada nak letak atas meja atau berdiri di lantai... namun ketahui jug...

SERVIS COWAY TERBAIK !

SEMOGA HARI-HARI ANDA CERIA. H ari ni CODY dari COWAY datang nak servis jenama model  PETIT CHP-06D (Table Top)  milik kami. Sebagai pembeli/pengguna COWAY kita tak perlu fikir banyak soal servis dan penukaran filter sebab kita dapat keistimewaan selama 5 TAHUN ! (   FREE SERVICE & WARRANTY) .   CODY  @ COWAY LADY  kebiasaannya akan hubungi kita terlebih dahulu sebelum servis untuk APPOINMENT.  Tarikh hari apa, pukul berapa, hari bekerja ataupun hari minggu terpulang kepada customer. Itulah kelebihan COWAY SERVICE yang akan memberi hak kepada customer untuk memilih supaya dapat memudahkan kita sebagai pengguna . Dan kebiasaannya CODY akan DATANG TEPAT SETIAP MASA  seperti yang dijanjikan. Contohnya macam ak ni janji jam 10 pagi tapi CODY datang 9.45 pagi. Terlebih awal dan memang berdisiplin. D alam penapis air COWAY , ada 6 jenis filter didalam 4 unit filter. 2 unit filter yg kat di dlm tu ada 2 jenis filter yang d...

NEO CHP-260N (PENAPIS AIR BEST & HOT SELLER 2016)

Product Description S torage & Performance Efficiency. The First COWAY NANOTRAP ™ in Malaysia. P ioneered by over 250 researchers at COWAY’s R&D centre, Neo CHP-260N water purifier comes with COWAY’s own innovative technology – COWAY Nanotrap™ filter that ensures high volume of drinking water anytime even when water pressure is low. Its slim design fits even into narrow kitchen spaces! For Your Lifestyle & Home Need Convenient, Compact & Contemporary – Neo CHP-260N has it all! Apart from producing clean water instantly, the compact and contemporary design of Neo CHP-260N reflects your stylish taste in home. Ultra Slim Space-efficient design to fit in everywhere, any corner. Fast Filtration Flow Rate Nanotrap filter produces abundant fresh drinking water even in low water pressure areas. Easy Operation Cold or Ambient water is delivered at your fingertip by a simple rotation of the selection knob. Continuous Dispense ...