Skip to main content

Banzai bonding time 1


Dah lama tak ajak anak-anak jalan-jalan. Terus aku ambil cuti panjang4 hari terus.Ak plan nak lari. Nak lari jauh dari segala kekusutan harian. Dan dah tiba masa aku nak alihkan perhatian pada 'my TRIO little precious'.

Dari kiri Ariana, Adam & Arissa

5/42017 @ 0900H
Perjalanan aku mulakan dengan BISMILLAH. Bertolak dari IPOH masuk ke SUNGAI BULOH teros amik persimpangan KUANTAN / KUALA LUMPUR. Perjalanan dari IPOH ke KL amik masa dalam lebih kurang 1 jam 40 minit. Jalan pun tak ler jem. Sbb baru lepas cuti sekolah.

Jauh dan redup je jalan kat depan.
Mau terlelap aku...

Perjalanan tidak ler mencabar kecuali ada beberapa selekoh di sekitar KARAK. Sapa pernah lalu paham ler . Dah la agak berbahaya. Ditambah attitude beberapa pemandu yg lagak macam pelumba professional. Tapi positif je la. Dia nak terberak kot. Taik dah hujung-hujung.

Masa ni dh 4 jam dalam kereta..nasib ada perhentian. Tumpang la tukar lampin buat susu anak.

Sepanjang perjalanan memang terbaik. Sebab panorama hijau adalah warna peneman ku.. huhu.. ayat ala ala POEM gitu.

Ak memang suka betol kalau memandu jauh jauh sambil ada hutan.. gunung.. pokok-pokok.. atau memandu dalam redup redup mendung tu. Sambil dengar lagu jiwa-jiwa. Layannnn....

Tiba-tiba ak nampak papan iklan ni la..haha..mana mana jer ada dia..

COWAY produk yang diyakini setiap masa.

Dipendekkan ceritera yg panjang...sebab tak nak.berpanjang lebar...dalam 5 jam lebih perjalanan maka, sampailah ak dan family ak ke destinasi kami..hooorayyyy alhamdulillah😊😊😊

Syahdu je tengok pintu gerbang ni. Last aku pegi 3 tahun lepas. Mase tu anak sulung ak baru setahun.

Jom kita ke hotel pulak ler... hahahaha... letih ler memandu. Jenuh pandang tar ajer.

Hotel nama arab. Tapi takde sorg pun pak arab yang ak nampak...hahahaha..

 Interview anak sulung aku berkenaan pengalaman kedua ke Gambang. Beliau nampaknya teruja. 


Barisan tentera dah mula berterabur sementara menunggu nak check in..dah tak senang duduk semua.

PERISTIWA TAK TERJANGKA..
Hotel yang ak booking dalam AGODA tiba-tiba dicancel tanpa email atau sebarang notis bertulis..nasib bukan cuti sekolah. Katanya masalah berpunca dari AGODA. Sakit pulak hati ni.

Lepas tu nak berkejaran ke GAMBANG SAFARI PARK. Rasa-rasa entah sempat ke tak ni..dah 3.30PM . Ak nak kejar naik TRAM jer ni. Klu lambat kempunan la anak-anak aku nak tgok haiwan. 

Tu dia..pinjam gmbr google sbb aku tak sempat nak amik gambar dek kerenah anak sulung ak. Berkobar sgt nk tgok haiwan. Lagipun ak kejar masa. Sbb itu ini masalah bilik hotel disebabkan AGODA je sampai pukul 4pm ak sangkut.

Ni beberapa picisan memori ak selitkan sekadar perkongsian bersama. Ni ada beberapa keping moment yg boleh dikongsi mase naik TRAM @ BAS untuk perjalanan dalam safari park.








Sebenarnya dalam plan nak naik kuda. Nak pegi water park tapi sebab sampai pn pukul berapa mana sempat. Namun apekan daya ... kita merancang..Allah S.W.T yg menentukan (ayat nak bagi sedap hati) . Huhuhu..

Sebab masa pn pendek karangan pun pendek. Memang terkejar mase sgt mase ni. Esok nak le KUANTAN pulak. Merasa nak duk hotel SWISS GARDEN giteww.. itu nanti kita kongsi next story okay uols😜.

Alright kembali pada cerita sebelah malamnya. Lapar sensangat ni. Anak-anak lapar. Tapi nak pegi makan dekat dekat Bukit Gambang Resort City ni memang potong leher la kot. Tu sbb naik atas jauh sikit nak makan. Supaya terhindar la dari gejala ketok harge ni. Ceh... smart la konon..

Nana Restoran area gambang depan sikit dari pam minyak Petron.

Kedai makan ni memang ak suggest best la sbb ape ? Makanan sedap dengan harga berbaloi. Ak makan untuk 4 org air pun 4 gelas kot. Nasik goreng plak tu. Semua special kot.

Lagi satu ni yang best. Korg boley topup air panas atau air masak suam atau air sejuk. Yang pasti memang bersih dan bebas bakteria, logam berat etc. Bukan malas nak cerita. Yang tu korang boley GOOGLE okay. 


Coway CORE 3 suhu utama.

Terima kasih mak cik ye sebab tak charge harga untuk air yg sy amik. Sesetengah kedai cas tau. Dah la cas duit, lepas tu kita pun tak tahu la air tu dimasak bersih ke tak. Ceh yakin pulak ko yer bersih..Eh mestilah sy ni kan pengedar COWAY . A to Z pasal COWAY dalam tangan tau..hehe..gurau je. Pokoknya sekurang-kurangnya kita tahu la sumbernya ditapis. Harga kesemua makan malam ak tu bawah RM35 je. Terbaik!!!

Okay sekian catatan hari ni. Esok kita ke bandar KUANTAN pulak..tata..nak tido dulu.

COWAY FIRST CHOICE



Comments

Popular posts from this blog

Tips pilih PENAPIS AIR berkualiti

3 APRIL 2017 @ 0956H            T IPS PENAPIS AIR BERKUALITI         7 Panduan Memilih   Sebagai sedikit panduan, berikut adalah cara memilih  water dispenser  (penapis air) yang terbaik untuk kegunaan di rumah : 1. Jenis Air Pastikan pilihan hasil air tapisan yang anda inginkan. Pilihan yang ada adalah Mineral, Alkali dan RO. Selalunya pilihan RO adalah yang paling bersih dan mudah diperolehi daripada mesin tapis yg kini berada di pasaran. Begitu juga air mineral dan alkali. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan jenis air ini dahulu dan buatlah pilihan yang tepat. Bagi air alkali sebaiknya haruslah mendapat nasihat doktor jika mempunyai sebarang masalah atau penyakit berkaitan buah pinggang. 2. Mesin Penapis Air Ada pelbagai pilihan mesin dan cantik=cantik serta moden  design  nya. Ada pilihan sama ada nak letak atas meja atau berdiri di lantai... namun ketahui jug...

SERVIS COWAY TERBAIK !

SEMOGA HARI-HARI ANDA CERIA. H ari ni CODY dari COWAY datang nak servis jenama model  PETIT CHP-06D (Table Top)  milik kami. Sebagai pembeli/pengguna COWAY kita tak perlu fikir banyak soal servis dan penukaran filter sebab kita dapat keistimewaan selama 5 TAHUN ! (   FREE SERVICE & WARRANTY) .   CODY  @ COWAY LADY  kebiasaannya akan hubungi kita terlebih dahulu sebelum servis untuk APPOINMENT.  Tarikh hari apa, pukul berapa, hari bekerja ataupun hari minggu terpulang kepada customer. Itulah kelebihan COWAY SERVICE yang akan memberi hak kepada customer untuk memilih supaya dapat memudahkan kita sebagai pengguna . Dan kebiasaannya CODY akan DATANG TEPAT SETIAP MASA  seperti yang dijanjikan. Contohnya macam ak ni janji jam 10 pagi tapi CODY datang 9.45 pagi. Terlebih awal dan memang berdisiplin. D alam penapis air COWAY , ada 6 jenis filter didalam 4 unit filter. 2 unit filter yg kat di dlm tu ada 2 jenis filter yang d...

NEO CHP-260N (PENAPIS AIR BEST & HOT SELLER 2016)

Product Description S torage & Performance Efficiency. The First COWAY NANOTRAP ™ in Malaysia. P ioneered by over 250 researchers at COWAY’s R&D centre, Neo CHP-260N water purifier comes with COWAY’s own innovative technology – COWAY Nanotrap™ filter that ensures high volume of drinking water anytime even when water pressure is low. Its slim design fits even into narrow kitchen spaces! For Your Lifestyle & Home Need Convenient, Compact & Contemporary – Neo CHP-260N has it all! Apart from producing clean water instantly, the compact and contemporary design of Neo CHP-260N reflects your stylish taste in home. Ultra Slim Space-efficient design to fit in everywhere, any corner. Fast Filtration Flow Rate Nanotrap filter produces abundant fresh drinking water even in low water pressure areas. Easy Operation Cold or Ambient water is delivered at your fingertip by a simple rotation of the selection knob. Continuous Dispense ...